Muaz Z

Muhammad Mu’az bin Mohamad Zakuan @ Muaz dilahirkan pada tahun 2012 dan bersekolah dalam aliran Pendidikan Khas Integrasi. Dilahirkan pada 19 September 2012 di Shah Alam, Selangor, Muaz telah diberi diagnosis mempunyai simptom Autism Spectrum Disorder (ASD) seawal usia 2 tahun setengah.
Muaz telah menunjukkan minat melukis semenjak kecil dan mula melibatkan diri bersama-sama dengan komuniti seni sejak tahun 2022, berserta dengan rakan-rakan lain. Semenjak itu, Muaz mula merasakan dan menyedari bahawa seni berupaya menjadi terapi untuk ketenangan. Selain dari itu, Muaz juga mempunyai minat dalam permainan Lego dan gemar menonton filem di masa lapang.
"Saya melukis dan mewarna untuk mengekspresi, bukan sentiasa untuk memaknai." - Muaz Z
Sejarah Pameran
- 2023, The Art of Autism Exhibition by NARC UiTM, DaMen Mall, Subang Jaya, Selangor
- 2022, Pameran Lukisan Sempena Hari OKU Sedunia, Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF), Shah Alam Convention Centre, Shah Alam Selangor